Ramai kawan2 tnye kpada seorang penulis yang sering ke luar negara : wanita di negara manakah yang paling cantik? Penulis pernah melawat Eropah, jawab penulis, wanita czech adalah ANTARA yang paling cantik.."Mengapa?" mereka bertanya..
Jawab penulis, kerana secara amnya, wanita2 Czech mempunyai tubuh yang lampai, muka bujur sirih serta rupa paras yang menawan. Mereka umpama model, mengatasi wanita Inggeris, Jerman, Holand, Perancis, Scandinavia dan sebagainya.
Namun begitu, jelas penulis, wanita Rusia lebih cantik bderbanding wanita Czech. Ini kerana, wanita Rusia mempunyai kulit yang lebih putih dan wajah yang lebih manja. Cuba lihat atlet2 tenis mereka. Anna Kournikova dan Maria Sharapova adalah umpama si ratuyang memegang raket.
Tetapi, benarkah wanita Rusia yang tercantik? Tidak juga. Apabila diamati, rupa-rupanya kecantikan wanita Rusia dan Czech ini tidak dapat menandingi kecantikan wanita Bosnia. Apa istimewanya wanita Bosnia? Ada dua sebab. Pertama, kerana cantuman kecantikan darah Eropah dan Arab. Bangsa Bosniak berasal dari warga Turki Uthmaniah yang menjajah hingga ke wilayah tersebut pada 1463-1878. Dalam darah mereka terkandung campuran ciri-ciri Eropah dan Arab.
Kedua, kerana wanita-wanita Bosnia mempunyai cahaya kelembutan pada wajah mereka, yang tiada pada wanita-wanita Eropah lain. Kecantikan dalaman itu tetap terpancar walaupun terlindung di sebalik tudung yang menutup kepala serta pakaian yang longgar. Dari mana pula datangnya kecantikan dalaman itu? Nanti saya beritahu...
Di Asia Barat pula, barangkali wanita Lebanon tergolong dalam kategori tercantik. Mereka mempunyai tubuh yang mekar, kulit putih bersih serta warna mata yang bercahaya. Rambut mereka perang dan beralun, sangat menggoda.
“Jadi, adakah wanita Lebanon adalah yang tercantik di Asia Barat?” soal sahabat.
Saya menjawab, “Tidak”, kerana secara umumnya wanita Syria lebih cantik. Syria dan Lebanon itu berjiran dan bersaudara, dalam wilayah Syam. Namun akibat pemisahan geografi, politik, budaya, agama dan sosial, mengakibatkan mereka kemudiannya mempunyai ciri-ciri kecantikan yang berbeza.
Mengapa wanita Syria lebih cantik? Itu juga akan saya jelaskan nanti.
Begitulah juga dengan wanita-wanita Melayu. Setelah melawat banyak negara di Eropah dan Asia, saya dapati, wanita Melayu turut tergolong dalam kategori ini. Mereka mungkin secara umumnya tidak mempunyai tubuh yang jenjang, kulit yang putih serta warna mata yang menawan, tetapi wanita-wanita Melayu memang cantik.
Sekarang, mengapakah wanita-wanita Bosnia, Syria dan Melayu mempunyai wajah yang lebih cantik? Jawapannya ialah kecantikan dalaman (jiwa, hati, iman dan minda) yang terpancar ke wajah mereka.
Kecantikan wanita Syria bukan datang dari penampilan seksi seperti wanita Lebanon, tetapi dari hati mereka. Sesiapa pun dengan mudah dapat melihat walaupun bertudung dan jubah, wanita-wanita Syria mempunyai wajah yang lembut. Seperti ada cahaya yang terpancar pada pipi, mata, bibir dan seluruh wajah mereka. Cahaya kelembutan itu kemudiannya terbias dalam pertuturan, gerak laku serta perwatakan yang sopan.
Dari mana datangnya kelembutan itu? Tidak lain tidak bukan, daripada keimanan kepada Islam. Syria adalah bumi para anbia, tempat hidup dan wafatnya nabi-nabi, antaranya Nabi Yahya, Zakaria dan Ayub, juga para sahabat dan ulama muktabar seperti Muawiyah, Saidatina Ruqayyah, Khalifah Umar bin Abd. Aziz, Bilal bin Robah, Solahuddin al-Ayubi, Abu Darda’, Sultan Nuruddin Az-zinki, Imam Nawawi dan ramai lagi.
Daripada para Nabi, sahabat, Tabiin, dan aulia itulah lahirnya warga Syria yang ada kini. Mereka hidup dalam lingkungan agama dan ketaatan kepada Allah. Maka dari jiwa yang taat itulah terpancar cahaya kelembutan dan ketenangan di wajah mereka.
Begitu juga dengan wanita Bosnia. Selain kecantikan luaran, ada cahaya kelembutan dan ketenangan yang menyerikan wajah mereka. Kecantikan dalaman itu tetap terserlah walaupun mereka bertudung litup. Tidak lain tidak bukan ianya lahir daripada keimanan kepada Islam.
Kecantikan ini tidak kesemuanya ada pada wanita2 lain, termasuk wanita Czech dan Rusia. Memang wajah wanita2 Eropah itu lebih jelita dan memikat, tetapi bagi saya , tiada cahaya dan kelembutan. Keras dan selapis,membiaskan jiwa yang keras,berontak, gundah, liar, keliru dan marah2.
Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi cantik itu subjektif sifatnya. Cantik pada mata orang lain. Ada orang yang suka putih, ada juga yang mengatakan hitam dan coklat lebih menawan. Kalau tidak mana mungkin Heldi Klum, supermodel Jerman berkahwin dengan Seal, lelaki hitam dari Britain.
Pasti juga ada kecantikan lain selain kecantikan luaran, yang menyebabkan seseorang itu dilihat cantik dimata dan hatim orang lain. Itulah yang dinamakan kecantikan dalam- kecantikan iman, jiwa, hati dan minda.