Wednesday, 30 May 2012

The Signs in the Heaven and the Earth

For Men of Understanding. In the heavens and the earth there are certainly signs for the believers. And in your creation and all the creatures. He has scattered about there are signs for people with certainty.

            

          Alam penuh dengan rahsia anugerah Yang Maha Esa. Kejadian di langit dan di bumi dicipta untuk mereka yang mahu berfikir tentang kebesaran Penciptanya. Ada mata kena pandai melihat, telinga kena pandai mendengar, hati kena pandai merasa. Dan dengan izin-Nya barulah pintu hati itu terbka untuk bersyukur. Dan entah berapa ramai la orang kat dunia ni ada mata telinga hati, tapi buta tuli bebal jugak untuk mengakui dan sedar akan kuasa Tuhan.








THE BEES

Your Lord inspired the bees : " Build dwellings in the mountains and the trees, and also in the structures which men erect. Then eat from every kind of fruit and travel the paths of Your Lord, made easy for you to follow." From their bellies comes a drink of varying colours, containing healing for mankind. There is certainly a sign in that for people who reflect.  ( Surah an-Nahl: 68-69 ) 

Saturday, 28 April 2012

CANTIK LUAR,CANTIK LAGI YANG DALAM

  






               Ramai kawan2 tnye kpada seorang penulis yang sering ke luar negara : wanita di negara manakah yang paling cantik? Penulis pernah melawat Eropah, jawab penulis, wanita czech adalah ANTARA yang paling cantik.."Mengapa?" mereka bertanya..


              Jawab penulis, kerana secara amnya, wanita2 Czech mempunyai tubuh yang lampai, muka bujur sirih serta rupa paras yang menawan. Mereka umpama model, mengatasi wanita Inggeris, Jerman, Holand, Perancis, Scandinavia dan sebagainya.


              Namun begitu, jelas penulis, wanita Rusia lebih cantik bderbanding wanita Czech. Ini kerana, wanita Rusia mempunyai kulit yang lebih putih dan wajah yang lebih manja. Cuba lihat atlet2 tenis mereka. Anna Kournikova dan Maria Sharapova adalah umpama si ratuyang memegang raket.


               Tetapi, benarkah wanita Rusia yang tercantik? Tidak juga. Apabila  diamati, rupa-rupanya kecantikan wanita Rusia dan Czech ini tidak dapat menandingi kecantikan wanita Bosnia. Apa istimewanya wanita Bosnia? Ada dua sebab. Pertama, kerana cantuman kecantikan darah Eropah dan Arab. Bangsa Bosniak berasal dari warga Turki Uthmaniah yang menjajah hingga ke wilayah tersebut pada 1463-1878. Dalam darah mereka terkandung campuran ciri-ciri Eropah dan Arab.

Kedua, kerana wanita-wanita Bosnia mempunyai cahaya kelembutan pada wajah mereka, yang tiada pada wanita-wanita Eropah lain. Kecantikan dalaman itu tetap terpancar walaupun terlindung di sebalik tudung yang menutup kepala serta pakaian yang longgar. Dari mana pula datangnya kecantikan dalaman itu? Nanti saya beritahu...

Di Asia Barat pula, barangkali wanita Lebanon tergolong dalam kategori tercantik. Mereka mempunyai tubuh yang mekar, kulit putih bersih serta warna mata yang bercahaya. Rambut mereka perang dan beralun, sangat menggoda.

“Jadi, adakah wanita Lebanon adalah yang tercantik di Asia Barat?” soal sahabat.

Saya menjawab, “Tidak”, kerana secara umumnya wanita Syria lebih cantik. Syria dan Lebanon itu berjiran dan bersaudara, dalam wilayah Syam. Namun akibat pemisahan geografi, politik, budaya, agama dan sosial, mengakibatkan mereka kemudiannya mempunyai ciri-ciri kecantikan yang berbeza.

Mengapa wanita Syria lebih cantik? Itu juga akan saya jelaskan nanti.

Begitulah juga dengan wanita-wanita Melayu. Setelah melawat banyak negara di Eropah dan Asia, saya dapati, wanita Melayu turut tergolong dalam kategori ini. Mereka mungkin secara umumnya tidak mempunyai tubuh yang jenjang, kulit yang putih serta warna mata yang menawan, tetapi wanita-wanita Melayu memang cantik.

Sekarang, mengapakah wanita-wanita Bosnia, Syria dan Melayu mempunyai wajah yang lebih cantik? Jawapannya ialah kecantikan dalaman (jiwa, hati, iman dan minda) yang terpancar ke wajah mereka.

Kecantikan wanita Syria bukan datang dari penampilan seksi seperti wanita Lebanon, tetapi dari hati mereka. Sesiapa pun dengan mudah dapat melihat walaupun bertudung dan jubah, wanita-wanita Syria mempunyai wajah yang lembut. Seperti ada cahaya yang terpancar pada pipi, mata, bibir dan seluruh wajah mereka. Cahaya kelembutan itu kemudiannya terbias dalam pertuturan, gerak laku serta perwatakan yang sopan.

Dari mana datangnya kelembutan itu? Tidak lain tidak bukan, daripada keimanan kepada Islam. Syria adalah bumi para anbia, tempat hidup dan wafatnya nabi-nabi, antaranya Nabi Yahya, Zakaria dan Ayub, juga para sahabat dan ulama muktabar seperti Muawiyah, Saidatina Ruqayyah, Khalifah Umar bin Abd. Aziz, Bilal bin Robah, Solahuddin al-Ayubi, Abu Darda’, Sultan Nuruddin Az-zinki, Imam Nawawi dan ramai lagi.

           Daripada para Nabi, sahabat, Tabiin, dan aulia itulah lahirnya warga Syria yang ada kini. Mereka hidup dalam lingkungan agama dan ketaatan kepada Allah. Maka dari jiwa yang taat itulah terpancar cahaya kelembutan dan ketenangan di wajah mereka. 

         Begitu juga dengan wanita Bosnia. Selain kecantikan luaran, ada cahaya kelembutan dan ketenangan yang menyerikan wajah mereka. Kecantikan dalaman itu tetap terserlah walaupun mereka bertudung litup. Tidak lain tidak bukan ianya lahir daripada keimanan kepada Islam.

           Kecantikan ini tidak kesemuanya ada pada wanita2 lain, termasuk wanita Czech dan Rusia. Memang wajah wanita2 Eropah itu lebih jelita dan memikat, tetapi bagi saya , tiada cahaya dan kelembutan. Keras dan selapis,membiaskan jiwa yang keras,berontak, gundah, liar, keliru dan marah2.

         Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi cantik itu subjektif sifatnya. Cantik pada mata orang lain. Ada orang yang suka putih, ada juga yang mengatakan hitam dan coklat lebih menawan. Kalau tidak mana mungkin Heldi Klum, supermodel Jerman berkahwin dengan Seal, lelaki hitam dari  Britain.

           Pasti juga ada kecantikan lain selain kecantikan luaran, yang menyebabkan seseorang itu dilihat cantik dimata dan hatim orang lain. Itulah yang dinamakan kecantikan dalam- kecantikan iman, jiwa, hati dan minda.

      

Saturday, 21 April 2012

BERCINTA KERANA ALLAH S.W.T

Hari ni sye dah kne balik hostel... sblum 2 nk bwat psanan la skit...


         Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab,“Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhluk-Nya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini. 

Oleh itu, adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita. 

Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Menurut Syeikh al-Kubrawiyyah, asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar. 

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

"Pasti mendapat kecintaan-Ku bagi dua orang yang sayang menyayangi kerana-Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana-Ku, dua orang kunjung-mengunjungi kerana-Ku, dan dua orang yang tolong menolong kerana-Ku." 

Firman-Nya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud: 

"Mana dia orang yang bercinta kerana keagungan-Ku? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naugan-Ku, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naungan-Ku." 

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: 

"Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah." 

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah. 

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah. 

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah. 

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan. 

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

"Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa." 
(Az-Zukhruf:67)